Categories: FeaturedTrendingTV3

Pesakit Berisiko Tinggi Covid-19 Bakal Menerima Ubat Antiviral Pfizer 2 Minggu Lagi

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan ubat antiviral, Paxlovid keluaran Pfizer akan tiba bulan ini selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memuktamadkan urusan pembelian bulan lalu. 

Menurutnya, seramai 110,000 pesakit Covid-19 berisiko tinggi bakal menjadi kelompok pertama untuk mendapat rawatan menggunakan ubat antiviral ini yang dianggarkan akan tiba dalam masa dua minggu lagi. 

Tambahnya lagi, Khairy menyifatkan ketibaan ubat antiviral itu  dianggap sebagai ‘senjata’ dan usaha negara dalam membanteras dan membendung wabak Covid-19 yang semakin melonjak naik. 

Ia menjadikan lebih banyak senjata yang akan digunakan kita dalam melawan Covid-19,” katanya ketika melancarkan Persidangan Tahunan Dialisis, di Kuala Lumpur. 

Sementera itu, Khairy juga berkata sekiranya usaha mereka dalam merawat pesakit Covid-19 menggunakan ubat antiviral itu berhasil, maka pihak kerajaan akan melaksanakan perolehan kedua.

Kalau kita dapati penggunaan berkesan, kita akan tambah dari Pfizer. Ada dua lagi kita akan beli iaitu dari Molnupiravir dan AstraZaneca, namun ia belum dimuktamadkan lagi,” katanya. 

Sumber: Berita Harian 

 

Aqilah Paharuzi