Categories: Trending

Pesawat Dilaporkan Terbakar, Takziah Buat Para Penumpang Ethiopian Airlines

Seluruh dunia dikejutkan sekali lagi dengan kes pesawat terhempas yang mengorbankan ramai nyawa pada hari ini. Pesawat Ethiopian Airlines yang membawa 149 penumpang dilaporkan terhempas semalam.

Dalam sebuah kenyataan media, syarikat penerbangan terkemuka itu memaklumkan mangsa kejadian terdiri daripada 33 warganegara asing.

Pesawat yang di dalam perjalanan dari Addis Ababa ke Nairobi, Kenya dilaporkan terhempas sebaik berlepas. Akaun twitter rasmi milik Ethiopian Airlines telah memuat naik kenyataan rasmi berhubung kejadian ini. 

 

Sumber: Twitter Ethiopian Airlines

Pesawat tersebut dilaporkan mengalami letupan kebakaran namun CEO Syarikat Penerbangan Ethiopian Airlines berkata punca sebenar kejadian ini masih belum dikenal pasti.

Siasatan akan dijalankan secara terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar yang berlaku. Syarikat Penerbangan Ethiopian Airlines turut bertanggungjawab memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. 

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 turut membawa 8 kru penerbangan. Juruterbang pesawat, Yared Getachew bersama pembantu juruterbangnya, Ahmed Nur Mohammod Nur turut terkorban dalam kejadian yang meragut nyawa ini.

Sumber: ABS CBN News

Akaun twitter milik syarikat penerbangan ini turut dihujani dengan ucapan takziah  seluruh masyarakat yang rata-ratanya bersimpati dengan kejadian yang menimpa. 

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa pesawat Ethiopian Airlines. 

 

Ad Ops