Categories: Trending

PKP: Setengah Juta Orang Direkodkan Daftar Gerak Malaysia

Wah, nampaknya semakin banyak sambutan yang diterima!

Sejak PDRM mengumumkan mereka yang terkandas di kampung boleh membuat permohonan secara online untuk pulang, kini hampir 250,000 permohonan berjaya direkodkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk pergerakan rentas negeri.

Baca artikel berkaitan: PKP: Orang Ramai Yang Terkandas Boleh Melakukan Perjalanan Antara Negeri Bermula 1 Hingga 3 Mei- PDRM

Kini, dilaporkan lebih 500,000 individu telah mendaftar dengan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.

“Seperti yang kita (polis) jangkakan sebelum ini jumlah permohonan untuk rentas negeri ini akan bertambah menjelang 1 Mei ini. ” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan bahawa setiap permohonan yang diterima adalah untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.

Semalam, Huzir memaklumkan seramai 300,000 individu sudah mendaftar dan lebih 100,000 daripadanya sudah memohon untuk mendapatkan permit bagi melakukan perjalanan rentas negeri.

Buat anda yang ingin membuat permohonan secara online, jangan lupa baca dengan teliti semua syarat-syarat yang ditetapkan. Semoga permohonan anda diterima!

Sumber: Harian Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”