Categories: Trending

PKPB Akhirnya Tamat, Rentas Negeri Dibenarkan Bermula 10 Jun- Perdana Menteri

Berita yang dinanti-nantikan oleh rakyat kini telah tiba!

Persoalan yang bermain di fikiran rakyat akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa PKPB akhirnya tamat dan akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos hadapan.

Rentas negeri dibenarkan bermula 10 jun

Selain itu, orang ramai juga dibenarkan rentas negeri dan dibenarkan pulang ke kampung halaman bermula 10 Jun, Rabu ini, kecuali di beberapa buah kawasan yang ditetapkan PKPD.

Disebabkan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti domestik dan pelancongan juga kini dibenarkan. Namun, buat yang ingin melancong ke luar negara masih tidak dibenarkan kerana sempadan negara masih ditutup.

Buat korang yang dapat balik kampung tu, jangan lupa penjarakan jarak sosial dan elakkan berada di tempat yang sesak tau! Semoga kita sama-sama dapat memerangi COVID-19.

Untuk berita lanjut tonton video di bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”