Categories: Trending

PKPB : Bakal Dipertimbangkan Semula 18 Mei Ini

Keberkesanan PKPB hanya dapat ditentukan setelah tempoh inkubasi selama 14 hari yang diberikan dan berakhir pada 18 Mei ini.

Justeru itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihak kementerian masih melihat hasil PKPB yang dikuatkuasakan pada 4 Mei lalu dan dipanjangkan selama empat minggu lagi iaitu bermula 12 Mei hingga 9 Jun ini.

Tambahnya lagi, kementerian hanya memperolehi hasil arahan ketat yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan ketika PKP fasa ketiga dan keempat yang berjaya menurunkan jumlah penularan penyakit berjangkit (RO) dari 3.5 hingga 0. 35.

” Kami sedang mengawasi dan mengawal keadaan covid-19 dengan sangat rapi termasuklah yang melibatkan kes baharu harian, jumlah kumulatif dan kes yang masih aktif”

“Namun, kami hanya akan dapat melihat hasil PKPB ini setelah 18 Mei atau sekurang-kurangnya selama tempoh inkubasi 14 hari.” Katanya.

Manakala, sekiranya kes atau RO selepas 18 Mei ini terkawal, kementerian akan mempertimbangkan sama ada untuk merangka lebih banyak SOP untuk memudahkan pembukaan pelbagai lagi sektor seperti, sektor pendidikan dan sosial.

Dan, menurut Institut Kesihatan Nasional, jumlah RO akan meningkat sebanyak 1.6 pada pertengahan bulan hadapan sekiranya rakyat Malaysia gagal patuhi SOP yang ditetapkan.

Salma Syahbuddin