Categories: FeaturedOMG

“Sampai Cecah 24 Ribu!” – Wanita Terkejut Mangkuk Lauk Harian Miliknya Bernilai Tinggi Di Pasaran Dunia

AS$6,000 tu!

Tular di laman Facebook mengenai harga pasaran pinggan mangkuk antik berjenama Corningware Vintage di portal jualan atas talian yang mencecah sehingga RM 24,000!

Terbaharu, pemilik akaun Facebook bernama Hazwani, tidak menyangka harga jualan semula atau terkini set pinggan mangkuk tahun 1990-an yang dibeli dengan harga RM 200 itu kini sangat tinggi nilainya.

Menerusi laporan Harian Metro semalam, Hazwani yang merupakan pengumpul tegar koleksi pinggan mangkuk seramik berkata, beliau terkejut selepas melihat harga di aplikasi e-Bay dan Lazada yang mencecah antara RM5,000 hingga RM24,000.

“Saya terkejut, terus geledah rak pinggan mangkuk dan menjumpai persis pinggan mangkuk sama milik ibu. Tidak sangka mangkuk yang saya gunakan untuk letak lauk hidangan itu sangat bernilai,” katanya kepada Harian Metro.

Jenama Corning Ware sangat popular sebagai hadiah perkahwinan sekitar tahun 1970-an sehingga 1990-an.

Tunggu apa lagi guys, cuba check koleksi korang atau milik ibu korang di dapur tu, mungkin sampai bernilai puluhan ribu ringgit.

Good luck!

Kredit: Harian Metro

Syafiqa Irdina