[TERKINI] Ziarah Aidilfitri, Pesta Kaamatan & Hari Gawai Hanya Terhad Pada Hari Pertama Sahaja

Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan bahawa, aktiviti ziarah bagi perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak dihadkan 20 individu pada hari pertama sahaja!

Perkara tersebut dicapai melalui mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) namun, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan juga perlu dipatuhi sepenuhnya.

“Mesyuarat khas MKN putuskan untuk hadkan aktiviti iaitu hari pertama sahaja. Ia adalah untuk ahli keluarga terdekat dan tak lebih 20 individu dalam satu masa,” katanya.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin memberi kelonggaran untuk aktiviti ziarah menziarahi antara keluarga dan sanak saudara yang tinggal berdekatan dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang.

Walaupun sambutan hari raya dibenarkan, namun masih terdapat pematuhan SOP yang perlu dipatuhi seperti amalkan sedikit jarak sosial ketika bersembang bersama tetamu.

“Ya kita benar tetapi kita kena jaga diri sendiri. Berayalah dengan keluarga sahaja. Walaupun keluarga terdekat datang, kita sendiri kena ambil pendirian dan ketetapan. Golongan berisiko tinggi adalah warga emas, katalah kita berjumpa nenek berusia 80 tahun dan kehadiran kita bahaya untuk mereka,” katanya.

Jadi, ikutilah arahan yang perlu dipatuhi untuk sambutan Aidilfitri nanti. Korang jangan buat open house pula!

Untuk maklumat lanjut korang boleh tonton video di bawah:

Syafiqa Irdina