Categories: Trending

PKPB: Majikan Tidak Boleh Paksa Pekerja Ambil Cuti Tanpa Gaji

Umum mengetahui, arahan bekerja dari rumah (BDR) yang dikeluarkan oleh Majlid Keselamatan Negara kepada pekerja sektor awam dan swasta bermula pada hari ini. 

Justeru, kerajaan mengarahkan agar pihak majikan membayar gaji para pekerja yang melakukan BDR seperti biasa.

Majikan tidak boleh arah pekerja guna cuti tahunan

Menerusi kenyataan daripada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahunan ataupun mengambil cuti tanpa gaji.

Perkara itu selaras dengan perintah dan kenyataan dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu. 

“Namun, majikan boleh berbincang dengan pekerja dalam apa juga tindakan dan keputusan diambil demi kepentingan bersama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”