Categories: Trending

Selepas Covid-19, Wabak Rabies Pula Menyerang, Kini Ragut 1 Nyawa di Sarawak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat satu kes rabies dalam kalangan manusia yang baru disahkan.

Ini menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak adalah sebanyak 4 orang pada tahun 2020. 

Perkara ini telah dimaklumkan menerusi muat naik di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia pada Khamis.

Mangsa kes ini yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 34 tahun telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 12 Oktober lalu kerana mengalami lemah pada kedua-dua belah kaki sejak lima hari sebelum dimasukkan ke wad.

Dan, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia pada 18 Oktober 2020 jam 11.30 pagi dengan diagnosa rabies encephalitis. Beliau telah disahkan dijangkiti virus rabies melalui ujian makmal yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 19 Oktober 2020. 

Tanda-tanda jangkitan

Rabies adalah, penyakit sistem saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus yang akan merebak melalui gigitan haiwan. Dan pesakit hanya akan menunjukkan tanda-tanda jangkitan selepas 20 hingga 60 hari selepas gigitan haiwan tersebut.

Berikut merupakan tanda-tanda jangkitan ;

  • Demam
  • Sakit dan lenguh pada tempat gigitan
  • Kelesuan otot badan
  • Sakit kepala

Manakala, gejala virus ini akan berlaku apabila virus telah menyerang sistem saraf saraf pusat dan anda kana berasa ;

  • Keresahan dan kegelisahan
  • Perubahan sikap secara tiba-tiba
  • ketakutan terhadap air
  • Insomnia
  • Lumpuh
Salma Syahbuddin