Categories: Trending

PM Tidak Akan Laksanakan PKP Dalam Masa Terdekat

Kerajaan tidak akan melaksanakan PKP atau total lockdown bagi seluruh Malaysia dalam jangka masa terdekat. 

Perdana Menteri memaklumkan, sekiranya PKP dilaksanakan dalam masa terdekat ini, kesan yang besar akan berlaku dan ianya boleh meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara. 

Saya percaya kesiapsiagaan sistem kesihatan kita akan membolehkan kita menangani penularan Covid-19 tanpa perlu kita menutup sektor ekonomi yang pernah kita lakukan sebelum ini,” katanya semasa Perutusan Khas Perdana Menteri pada Selasa.  

Dan, PKPD secara bersasar hanya akan dilaksanakan di kawasan zon merah dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan yang tidak terjejas dapat diteruskan dengan pematuhan SOP yang disarankan kerajaan.

Untuk saksikan secara menyeluruh perutusan khas Perdana Menteri mengenai Covid-19, anda bolehlah saksikan video di bawah ;

Salma Syahbuddin