Categories: Trending

Perutusan Khas Perdana Menteri Berkenaan Situasi Covid-19 Petang Ini

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas, petang ini berkaitan situasi semasa Covid-19.

Perutusan itu dijangka berkaitan langkah kerajaan susulan kenaikan mendadak kes Covid-19 sejak semalam.

Dengan 432 kes dengan 429 membabitkan penularan tempatan dan tiga kes import semalam sekali gus mencatatkan angka tertinggi sejak wabak itu melanda negara ini.

Jadi, jangan lupa saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri menerusi siaran langsung Di TV3 atau LIVE TV di www.xtra.com.my pada jam 6 petang ini.

Salma Syahbuddin