Categories: FeaturedTrending

Program Jaringan Prihatin Diperkenalkan, RM300 Bagi Penerima Yang Layak

Bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia menerima akses internet, Program Jaringan Pirihatin diperkenalkan untik merapatkan jurang digital dan menyokong agenda pendigitalan negara.

Justeru, golongan yang layak berhak menerima bantuan RM180 untuk pembelian telefon atau kredit telco.

Terbaharu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan skim ini ditambahbaik kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah.

Dengan semakan ini, kerajaan kini memperuntukkan RM2 bilion untuk program Jaringan Prihatin berbanding RM1.5 bilion ketika diumumkan dalam Belanjawan 2021. 

Subsidi ini dapat meringankan beban rakyat Malaysia terutamanya keluarga dengan anak bersekolah yang memerlukan peranti dan sambungan internet untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Sumber : BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”