Categories: Trending

Punya Kelas Tersendiri, Siti Nurhaliza Tersenarai Antara 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

Menjadi kesayangan rakyat Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, penyanyi nombor satu negara ini sekali lagi membuktikan ketrampilan dan pencapaiannya dalam industri seni tanah air  membuatkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza tersenarai antara 500 muslim paling berpengaruh di dunia.

Perkara ini dimaklumkan oleh Siti sendiri menerusi muat naik dilaman instagram miliknya pada 4 februari lalu.

Menyifatkan pengiktirafan ini sebagai rezeki, Siti juga bersyukur di atas pencapaiannya sepanjang bergelar anak seni bermula dari tahun 1995 sehingga ke hari ini.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza pertama kali dicalonkan dalam kategori Seni dan Budaya pada tahun 2016 dan terus mengungguli kategori tersebut sehingga 2021.

Sumber : Instagram @vivyyusof

Manakala, pada tahun 2021 penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun juga turut tercalon dalam kategori yang sama.

Selain Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Hafiz Hamidun, Vivy Yusof merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang tersenarai dalam kategori selebriti dan sukan.

Salma Syahbuddin