Menerusi video berdurasi 57 saat yang dimuat naik melalui Facebook berkenaan pekerja syarikat kurier yang dilihat membaling barang-barang pelanggan ternyata mencetuskan kebimbangan ramai pihak.
Bukan itu sahaja, ramai peniaga mahupun pelanggan mengambil serius mengenai isu ini. Mana taknya, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula, perkhidmatan kurier merupakan perkhidmatan yang paling penting bagi peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian (online).
Pastinya, selain peniaga yang terpalit dengan rasa kebimbangan melihat barang-barang yang dicampak, pelanggan juga tidak terkecuali berasa khuatir dengan keadaan barang yang bakal diperolehi.
Malah, ada segelintir pelanggan yang mengadu barang lambat sampai dan paling teruk, ada juga barang yang hilang.
Sumber : Facebook
Menurut pihak pengurusan J&T Express (J&T), insiden berlaku disebabkan kakitangan kurang jelas mengenai sistem pengagihan bonus sehingga menjadi punca kejadian mogok serta tindakan membaling barangan milik pelanggan oleh kakitangan syarikat itu.
Oleh itu, J&T dalam satu kenyataan memohon maaf kepada pelanggannya di seluruh negara berhubung kejadian pekerja mogok dan membaling barang yang tular di media sosial.
Malah, seramai 7 pekerja syarikat berkenaan cawangan Perak hari ini membuat permohonan maaf berhubung insiden membaling barang pelanggan yang tular di media sosial.
“Kami ingin jelaskan di sini tiada tindakan mogok. Sekali lagi kami memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia.
“Kami sedaya upaya akan memproses dan menghantar barang pelanggan secepat mungkin,” katanya.
Ainations mana suaranya?!
Wah fly high girls!