Categories: Trending

Rakyat Malaysia Dipelawa Sertai Pertandingan Cipta Logo & Tagline Sempena Kempen Covid-19

Ayuh semua!

Rakyat Malaysia dipelawa menyertai Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media semalam berkata, kempen yang bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada akhir Julai itu seiring dengan usaha menerapkan budaya normal baharu bagi mengekang penularan wabak itu.

Bermula 1 Hingga 10 Julai

Buat yang berminat, penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berada di dalam dan luar negara, mulai hari ini hingga 10 Julai depan.

Hadiah Wang Tunai Buat Pemenang

Pemenang yang bertuah mendapat tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM1,000 yang akan disampaikan oleh Perdan Menteri.

Untuk sertai penyertaan dan sebarang soalan mengenai pertandingan ini, korang boleh dapatkan dari laman sesawang KKMM atau laman web Jabatan Penerangan Malaysia  www.penerangan.gov.my okay?

Selamat mencuba!

Syafiqa Irdina