Categories: Trending

Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Singapura Bakal Diberi Kebenaran Melepasi Sempadan

Sedar tak sedar sebenarnya ramai rakyat Malaysia terutama di Johor Bharu yang mencari rezeki di negara jiran, justeru berita ini pastinya melegakan sedikit hati mereka yang mencari rezeki di perantauan.

Dalam satu sidang media, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelaksanaan kebenaran itu akan bermula selepas rundingan antara Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negara dan rakan sejawatnya dari Singapura.

“Sekarang ini masih dalam rundingan. Selepas rundingan itu mengenai syarat, mereka akan bentang dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

“Jika kita boleh luluskan, maka bolehlah pekerja Malaysia berulang alik dari Johor Bahru ke Singapura untuk memulakan kerja”.

Semoga mereka yang bekerja di perantauan teruskan mencari sumber rezeki yang halal.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”