Categories: Trending

Rentas Negeri Sempena Aidilfitri Tidak Dibenarkan

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan Kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena perayaan Aidilfitri  termasuk kebenaran rentas negeri masih TIDAK dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan dari negeri berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) dengan konsep Green Travel Bubble menggunakan syarikat dan ejen pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dibenarkan.

Namun, pergerakan merentas daerah adalah dibenarkan kecuali bagi Sabah dan Sarawak.

Ini kerana, status Covid-19 masih berada di tren tidak stabil dengan nilai Kebolehjangkitan (R-Naught) masih melepasi angka 1.0. dan bilangan kluster termasuklah kluster pendidikan masih tinggi sejak 20 hari lalu.

Selain itu, Ismail Sabri meminta agar rakyat tidak salah faham mengenai status prosedur operasi standard (SOP) sempena Aidilfitri yang mengatakan tempoh SOP merentas daerah berkuatkuasa lima hari sebelum dan selepas Aidilfitri dijalankan.

” Ianya Fake! Saya tidak pernah mengumumkan mengenai status SOP Aidilfitri, iaitu sambutan sempena Aidilfitri seperti, Takbir, Solat Aidilfitri, Kunjung mengunjung akan diumumkan” jelasnya ketika sidang media harian hari ini.
Salma Syahbuddin