Trending By: SGMS Enal December 16, 2017 @ 4:46am

Rogol anak kandung, peniaga dipenjara 18 tahun

Layak atau tidak lelaki ini dipanggil bapa? Seorang peniaga berusia 50 tahun dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Johor Baharu atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 10 tahun, September lalu.
 
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 50 tahun mengaku bersalah terhadap kesalahan itu.
 
Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 13 Oktober lalu.
 
Mengikut pertuduhan, bapa kepada lapan anak itu didakwa merogol anak perempuannya berusia 10 tahun empat bulan, di sebuah rumah tanpa nombor di Beris Kubur Besar, Bachok, di antara jam 9.30 malam hingga 11.15 malam, pada 22 September 2017.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
 
Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, tertuduh pergi ke rumah bekas isterinya bagi mengambil mangsa untuk tidur di rumahnya, namun mangsa enggan.
 
Bagaimanapun, selepas dipujuk ibunya, mangsa mengikut bapanya.
 
Pada jam 11.30 malam, mangsa pulang ke rumah dengan dihantar oleh kakaknya dan ibu mangsa mendapati anaknya dalam keadaan ‘berlainan’ dan selepas dipujuk, mangsa memberitahu dirogol bapanya dan ini bukan kejadian kali pertama.
 
Pada 12 Oktober lalu, tertuduh sekali lagi datang mahu mengambil mangsa, namun ibunya tidak membenarkan dan kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
 
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana perlu menyara ramai anak.
 
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias, memohon hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira perbuatan sumbang mahram terhadap anaknya sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 May 2021

Isu Rentas Negeri Ke Nilai, Neelofa & PU Riz Beri Keterangan Kepada Polis Hari Ini

Berikutan tular isu rentas negeri melibatkan usahawan dan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, dipanggil untuk memberikan keterangan hari ini. Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk […]

Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Thu, 30 Dec 2021

Abang Viva Terima Sijil Adiwira Prihatin Musibah Dari APM

Wira banjir negara, Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai Abang Viva melahirkan rasa syukur apabila menjadi penerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah baru-baru ini. Anugerah itu diberikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan […]

Trending Tue, 13 Mar 2018

Anak Jutawan Turki Maut Dalam Nahas Udara

Ketika kejadian, pesawat persendirian itu dalam perjalanan menuju Istanbul dari Sharjah, selepas Mina dan tujuh lagi rakannya bercuti di Emiriah Arab Bersatu (UAE), bagi meraikan majlis perkahwinannya.

Featured Thu, 13 Apr 2023

Dihentam Beri ‘Green Light’ Isteri Bertudung Atau Tak, Awal Ashaari Tahu Hukum Agama

“Saya tak mahu isteri saya bertudung atas dasar paksaan tapi bukan ertinya saya tak kisah”. Demikian kata pengacara dan pelakon, Awal Ashaari selepas kenyataannya sebelum ini disalah anggap oleh segelintir netizen. Menurut Awal atau nama […]

Featured Tue, 14 Mar 2023
Trending Tue, 5 May 2020