Categories: Trending

Rossa Alami Kerugian Hampir RM300,000 Gara-Gara Positif Covid-19

Penghibur terkenal Indonesia, Datuk Rossa terpaksa menanggung kerugian berjumlah 1 bilion rupiah (RM288,234) selepas disahkan positif COVID-19.

Mendedahkan dirinya pernah dijangkiti virus berkenaan, nilai kerugian terbabit terpaksa ditanggung kerana dia terpaksa menolak banyak tawaran persembahan dan memulangkan semula wang untuk beberapa persembahan lain.

Memetik laporan Suara.com kelmarin, Rossa dijangkiti Covid-19 ketika menjalani ujian calitan sebelum mengadakan persembahan di Surabaya, Jawa Timur dan selepas itu, dia menjalani proses kuarantin kendiri selama 14 hari.

“Jadual persembahan sehingga sekarang hanyalah satu per tiga daripada kebiasaan sebelum wabak Covid-19 menular.

“Ketika saya dijangkiti Covid-19, banyak wang deposit yang terpaksa dipulangkan dan menyebabkan kerugian yang besar,” ujarnya.

Rossa mendedahkan perkara terbabit dalam podcast bersama selebriti terkenal Indonesia, Ivan Gunawan.

Antara gejala yang dialami Rossa adalah keletihan dan tidak sedap badan.

Susulan itu, Rossa memaklumkan dia akan menjalani ujian COVID-19 pada setiap minggu kerana tuntutan kerjanya sebagai juri program reality nyanyian Indonesian Idol.

Padin