Trending By: Padin June 24, 2021 @ 9:55am

Rossa Alami Kerugian Hampir RM300,000 Gara-Gara Positif Covid-19

Penghibur terkenal Indonesia, Datuk Rossa terpaksa menanggung kerugian berjumlah 1 bilion rupiah (RM288,234) selepas disahkan positif COVID-19.

Mendedahkan dirinya pernah dijangkiti virus berkenaan, nilai kerugian terbabit terpaksa ditanggung kerana dia terpaksa menolak banyak tawaran persembahan dan memulangkan semula wang untuk beberapa persembahan lain.

Memetik laporan Suara.com kelmarin, Rossa dijangkiti Covid-19 ketika menjalani ujian calitan sebelum mengadakan persembahan di Surabaya, Jawa Timur dan selepas itu, dia menjalani proses kuarantin kendiri selama 14 hari.

“Jadual persembahan sehingga sekarang hanyalah satu per tiga daripada kebiasaan sebelum wabak Covid-19 menular.

“Ketika saya dijangkiti Covid-19, banyak wang deposit yang terpaksa dipulangkan dan menyebabkan kerugian yang besar,” ujarnya.

Rossa mendedahkan perkara terbabit dalam podcast bersama selebriti terkenal Indonesia, Ivan Gunawan.

Antara gejala yang dialami Rossa adalah keletihan dan tidak sedap badan.

Susulan itu, Rossa memaklumkan dia akan menjalani ujian COVID-19 pada setiap minggu kerana tuntutan kerjanya sebagai juri program reality nyanyian Indonesian Idol.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Apr 2023

Da Unknown Mahu Mencuba Pelbagai Jenis Genre

Baru best kalau boleh menyanyi pelbagai genre

Featured Sat, 24 Dec 2022
Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Sun, 11 Sep 2022
Trending Mon, 12 Jul 2021

Hulur Sumbangan, Siti Nurhaliza Bersyukur Bantuan Kepada 1,500 Keluarga Hampir Selesai

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila bantuan yang diberikan kepada 1,500 keluarga kanak-kanak yang memerlukan hampir selesai. Siti menghulurkan sumbangan menerusi kempen Bantuan Prihatin 2021 yang dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dan […]

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
familuv Sat, 10 Dec 2022

Ramai Sebak Tonton Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwah Siti Sarah

Anak sulung kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini. Walaubagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, ia telah […]