Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 12, 2021 @ 6:44pm

Hulur Sumbangan, Siti Nurhaliza Bersyukur Bantuan Kepada 1,500 Keluarga Hampir Selesai

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila bantuan yang diberikan kepada 1,500 keluarga kanak-kanak yang memerlukan hampir selesai.

Siti menghulurkan sumbangan menerusi kempen Bantuan Prihatin 2021 yang dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings Sdn Bhd.

Kempen ini menyasarkan penyampaian sumbangan kepada golongan kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Selangor dan di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, hari ini hampir selesai sepenuhnya penghantaran sumbangan menerusi syarikat kurier kepada 1,500 keluarga kanak-kanak yang memohon.

“Terima kasih semua. Saya, suami, Yayasan Nurjiwa dan CTDK Holdings sangat menghargai sumbangan, kerjasama, tenaga dan pengorbanan anda semua,” tulis Siti menerusi salah sebuah hantaran terbaru di akaun Instagram miliknya.

Difahamkan, bantuan ini memberikan fokus untuk meringankan beban keluarga yang mempunyai anak kecil menerusi sumbangan kepada barangan keperluan kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah dan diberikan kepada keluarga di Selangor dan di Kuala Lumpur.

Siti mewakili Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian syarikat Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn.Bhd, Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn.Bhd. menjadi Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini.

”Sejak pandemik melanda negara hingga ke hari ini, usaha pelbagai pihak menyalurkan bantuan tidak pernah terhenti dan saya terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh rakyat

“Hari ini kita terus kuat bersatu dan menjadi sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan dan sebagainya,” ujar Siti menerusi sebuah kenyataan media sebelum ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 21 Dec 2021

Pelamin Impian Uyaina Arshad & Raja Syahiran Musnah Kerana Banjir – “Memang Kami Alami Kerugian, Tapi…”

Hos dan pelakon cantik, Uyaina Arshad mendedahkan pelamin yang sepatutnya digunakan untuk majlis pernikahannya musnah kerana banjir. Selamat bernikah dengan penyanyi Raja Syahiran pada jam 9.03 pagi tadi, pengacara program Wanita Hari Ini turut terkesan […]

Hiburan Fri, 27 Sep 2024
Trending Sun, 14 Jan 2024

Netanyahu Bertegas Teruskan Perang – “Tiada Yang Dapat Halang Kami, Sama Ada The Hague, Sy*itan Atau Sesiapa Pun”

Terkini, jumlah kematian penduduk Palestin meningkat kepada 23,843 orang manakala 60,317 orang mengalami kecederaan.

Featured Sat, 4 Mar 2023
Trending Fri, 25 May 2018

Suspek Kes Bunuh Nur Alya Ditahan

Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya…

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Siti Khadijah Halim Mahu Ambil Tindakan Saman Pemfitnah, Berang Foto Disunting Guna AI Bersama Daddy Ash

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mengganggu reputasi, malah memberi tekanan

OMG Fri, 10 Apr 2020
error: Content is protected !!