Categories: FeaturedTrending

“Rumah Sebesar Saiz Tandas.. ” – Ebit Lew Luas Misi Bantuan Ke Afrika

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sering menjadi tumpuan ramai tatkala pelbagai masalah melanda dalam masyarakat.

Beliau bukan sahaja aktif melakukan aktiviti kebajikan malah sering kali membantu golongan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

Terbaru, menerusi laman Facebook, beliau telah berkongsi pengalaman membantu golongan yang memerlukan di Afrika.

“Kawasan luar bandar saya pergi semua tinggal rumah zink kotak.

“Rumah sebesar saiz tandas sahaja, tiada elektrik dan air. Tandas pakai gali lubang besar, sampai sahaja mereka semua sudah tunggu saya. Siap semua menyanyi dan menari,” tulisnya ringkas.

“Menangis-nangis cakap terima kasih. Tidak terkira ucapan mereka. Terdengar mereka sebut-sebut… Malaysia, Malaysia,” tulisnya .

Perkongsian tersebut menerima pelbagai komen daripada orang ramai yang turut bersimpati dengan perkara tersebut.

Malah, sikap Ustaz Ebit juga turut dipuji kerana usahanya nenyedarkan orang ramai mengenai realiti kehidupan dan kesusahan yang dialami oleh masyarakat di sana.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”