Categories: FeaturedTrending

Sekolah Di Kota Bharu Ditutup Selepas 11 Guru dan 1 Orang Murid Positif Covid-19

Seramai 11 guru dan seorang murid yang dipercayai positif Covid-19 menyebabkan sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan ditutup.

Perkara tersebut disahkan oleh
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussain.

Difahamkan berkemungkinan berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru dan murid tersebut.

Kes berkenaan dikesan semalam selepas guru terbabit menjalani ujian calitan.

Sekolah berkenaan selepas diarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Kesihatan Daerah.

Terdahulu, kes penutupan sebuah sekolah di Subang Jaya akibat COVID-19 turut menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa dan para pelajar sehingga ada ibu bapa yang membuka petisyen untuk menutup sesi persekolahan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”