Categories: Trending

Tiada Permit Umrah Buat Jemaah Berusia 70 Tahun

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan tidak akan mengeluarkan permit umrah kepada jemaah tempatan dinegara itu yang berusia 70 tahun dan ke atas, tidak kira apa status vaksinasi Covid-19 mereka.

 

Menurut kenyataan dari kementerian Arab Saudi, warganegara dan pemastautin tetap di negara itu yang berusia antara 18 hingga 70 tahun boleh memohon permit umrah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Dengan syarat, jemaah tidak dibenarkan membawa kanak-kanak, namun pemilik permit boleh membawa ibu mereka sebagai teman.

“Untuk mendapatkan permit umrah, mereka perlu mengemukakan permohonan melalui aplikasi Eatmarna selain membuktikan status kesihatan pemohon yang bebas daripada jangkitan Covid-19 melalui laman Tawakkalna,”
“”Pengambilan vaksin Covid-19 bukanlah prasyarat mendapatkan permit umrah bagi warga tempatan”

 

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi sebelum ini mengumumkan jemaah yang ingin menunaikan haji pada tahun ini WAJIB mengambil suntikan vaksin Covid-19 sebagai syarat utama.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Arab Saudi Setuju Beri Tambahan 10,000 Kuota Haji Buat Jemaah Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN : Kerajaan Arab Saudi Wajibkan Vaksin Bagi Jemaah Haji

 

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin