Categories: Trending

Gangguan Bekalan Air Sekitar Selangor & Kuala Lumpur Bermula 30 Mac 2021, Ini Senarai Kawasan Terlibat…

Menerusi muat naik dilaman Facebook Air Selangor pada Rabu memaklumkan, pihaknya akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan aset utama secara berjadual berdasarkan kelulusan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

 

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu ini akan dilaksanakan pada 30 Mac 2021 disekitar Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam yang bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam.

 

Ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 5 kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam. Manakala, Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi, 1 April 2021.

 

Gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam di 12 kawasan

kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates dan menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju yang bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam di 12 kawasan di Wilayah Gombak dan 46 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur.

 

Kerja-kerja penggantian injap ini akan dilaksanakan pada 6 April 2021 bermula 9 pagi sehingga 9 malam dan dijangka pulih sepenuhnya pada 9 April 2021, jam 5 pagi.

 

Dalam pada itu, Air Selangor juga dalam perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan aset-aset utama di beberapa loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 pada 15 Jun 2021, Loji Rawatan Air Sungai Langat pada 6 Julai 2021, dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 pada 5 Oktober 2021.

 

Walau bagaimanapun, pelaksanaan kerja-kerja berjadual ini tertakluk kepada kelulusan daripada SPAN. Dan pihak Air Selangor akan memaklumkan senarai kawasan-kawasan yang terlibat dan jadual pemulihan bekalan air dengan lebih terperinci setelah kelulusan dibuat.

 

Senarai kawasan terjejas :

Berikut merupakan kawasan yang terjejas akibat pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan.

Sumber : Air Selangor

Justeru itu, pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh ini.

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi  www.airselangor.com atau Aplikasi Air Selangor.
Salma Syahbuddin