Categories: FeaturedTrending

107, 000 Individu Hilang Pekerjaan Dibantu

Menurut Menteri Kewangan, seramai 107,000 individu yang kehilangan pekerjaan pada 2020 menerima bantuan Sistem Insurans Pekerjaan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan nilai keseluruhan sebanyak RM366.37 juta.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat 14 Mac 2021 , Perkeso telah membantu lebih 18,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM85.96 juta.

“Jumlah ini adalah termasuk penambahbaikan Elaun Mencari Pekerjaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021,”.

Selain itu, Elaun Khas Barisan Hadapan sebanyak RM565.4 juta disalurkan untuk 1.65 juta tuntutan kakitangan perubatan seperti doktor dan jururawat yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak COVID-19, setakat 12 Mac lepas.

BERNAMA

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”