Categories: Trending

“Sampai Rumah, Nak Hidang Habis Rentung..” – Kena Scam Dengan Peniaga Bazar Ramadan, Pelanggan Luah Rasa Kecewa

Sikap peniaga bazar Ramadan yang tidak jujur dan menjual makanan yang sudah busuk atau rentung tanpa disedari pembeli membuatkan pelanggan meluahkan rasa sedih.

Perkongsian netizen di ruangan media sosial mengenai kekecewaan terhadap makanan bazar Ramadan yang tidak berkualiti meraih perhatian ramai.

“Kau susu elok-elok bertingkat, sedap bau. Sampai rumah nak hidang habis rentung, dugaan puasa pertama. Nak carut hilang pahala, nak pulang rasa tak berbaloi. Ngap jela berbuka nanti,” tulisnya

Ada juga isu baru-baru ini berlaku apabila seorang individu berkongsi gambar roti john yang dibelinya hangus.

Sementara itu, reaksi terhadap ciapan terbabit menunjukkan rata-rata netizen turut menzahirkan rasa berang dengan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Nak niaga, buat macam kita sendiri nak makan. Harga T20 pun orang tak kisah kalau makan puas hati. Jangan buat asal siap,” ujat netizen.

Nurul Hana