Tampilkan Gandingan Janna Nick, Hisyam Hamid & Amar Baharin, Bukan Puteri Lindungan Bulan Hiasi Slot Samarinda

Bukan Puteri Lindungan Bulan merupakan drama bersiri 40 episod adaptasi novel karya Liana Afiera malik terbitan Global Station Sdn Bhd.

Drama tersebut dibintangi oleh pelakon popular tanah air seperti Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin dan di arahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya).

Drama ini berkisarkan tentang Lara (Janna Nick) yang pernah merasa bahagia sewaktu ayahnya masih hidup dan selepas pemergian ayahnya, Lara mula merasakan hidupnya sangat sepi.

Segalanya berubah apabila ibunya berkahwin dengan rakan baik arwah ayahnya dan abangnya Luqman membawa seorang isteri, Sabrina (Afifah Nasir) setelah tiga tahun berada di perantauan.

Kehadiran kakak iparnya, Sabrina yang dari awal cemburu dan membenci Lara, suka memanipulasi keadaan membuatkan Lara semakin jauh dari Luqman.

Zafir (Hisyam Hamid) mempunyai perasaan terhadap Lara dan telah mencuba berkali-kali untuk meluahkan isi hatinya kepada Lara tetapi sering kali diendahkan olehnya.

Namun begitu, keberadaan Zafir yang sentiasa mendengar luahan hati Lara dan sentiasa bersamanya di kala susah mahupun senang telah membuka hati Lara untuk menerima Zafir.

Walaupun Lara telah disatukan dengan Zafir tetapi rumah tangga mereka sering berdepan rintangan.

Sabrina menghasut fikiran Zafir yang mengatakan Lara seorang yang tidak jujur dan kepercayaan Zafir terhadap Lara mula kabur dan goyah apabila mendapati Lara pernah dilihat bersama Zakuan.

Insert pic

Ujian mereka semakin berat apabila kemunculan Farah, bekas kekasih Zafir kembali menagih cinta. Masih adakah sinar dalam rumah tangga Lara dan Zafir?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Bukan Puteri Lindungan Bulan menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV.

Izzi Farhana