Categories: FeaturedTrending

Sanggupkah anda cuba aliran kecantikan terbaru yang berbulu ini?

Selama ini, ramai orang terpaksa memastikan bulu hidung mereka yang tebal agar tidak menjulur keluar daripada lubang hidung dan kekal tersorok.

Bagaimanapun, menurut trend terbaru, nampaknya lagi panjang lagi menarik!

Tetapi nasib baik, pengikut trend yang meluas di Instagram ini tidak menggunakan bulu hidung semula jadi. Sebaliknya mereka menggunakan penyambung (extensions).

Gaya ini dimulakan oleh pengguna Instagram @gret_chen_chen yang menggunakan bulu mata palsu bagi mendapatkan rupa bulu hidung panjang.

Tidak lama selepas itu, ramai orang lain turut serta dalam cabaran ini, maka tanda pagar #nosehairextensions pun tercipta.

Sekali imbas di Instagram, anda boleh tahu betapa popularnya trend ini. Ramai juga wanita yang menggunakan bulu mata palsu yang lebih tebal dan menggamkannya lebih dalam ke dalam lubang hidung.

Wanita ini menunjukkan cara memakai bulu hidung palsu dalam videonya.

Tidak susah rupanya. Gunakan berus bulu kening untuk menyikat agar tersusun rapi.

Jika anda juga hendak mengikuti gaya ini, hati-hati ya! Tidak pasti sama ada selamat atau tidak untuk anda meletakkan gam bulu mata palsu di dalam lubang hidung.

Untuk pengetahuan anda, bulu hidung tumbuh sebanyak 0.35mm sehari dan kita memang memerlukannya untuk menahan bahan seperti spora dan kuman daripada memasuki hidung kita.

Jadi jika anda ingin mencabut bulu hidung, jangan terlebih cabut pula hingga tiada langsung!

Sumber: Mirror

Ad Ops