Jangan lalai!
Selepas 8 hari tiada kematian direkodkan akibat wabak Covid-19, semalam negara mula mencatatkan satu kes kematian akibat jangkitan ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan pertambahan satu kes kematian menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 123 kes setakat ini.
Katanya, kes kematian ke-123 (kes ke 8,770) membabitkan seorang lelaki warga negara Malaysia berusia 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi kronik dan strok.
” Bneliau penghuni di pusat jagaan warga emas dan mula mengalami gejala demam dan batuk pada 10 Julai 2020″
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari ini, terdapat 15 kes baharu dilaporkan menjadikan 8,779 jumlah keseluruhan kes.
Dan ini bermakna, kes kebolehjangkitan Covid-19 adalah 103 kes dan kesemua pesakit sudah diasingkan dan diberikan rawatan.
” Daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan dua warga negara Malaysia dan dua bukan warga negara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja (satu kes) dan pasangan kepada rakyat Malaysia (satu kes) iaitu dari United Kingdom (dua kes), India (satu kes) dan Libya (satu kes),” katanya.
Menurutnya, daripada 11 kes penularan di dalam negara, lapan kes adalah dalam kalangan warga negara Malaysia dan tiga kes adalah dalam kalangan bukan warga negara Malaysia.
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting
Ini penjelasan Redza