Categories: Trending Hari Ini

Perlu Pakai Pelitup Muka Dengan Betul Atau Buka Sepenuhnya – Dr Noor Hisham

Ambil perhatian semua!

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup muka dengan cara betul.

“Pakai dengan betul pelitup muka anda atau alihkannya terus,” katanya dalam satu catatan di laman sosial Facebook rasminya, hari ini.

Cara Salah Memakai Pelitup Muka

Arahan dalam grafik yang dikongsi oleh Dr.Noor Hisham itu menunjukkan supaya orang ramai tidak meletakkan pelitup muka di bahagian dagu kerana bahagian itu sebelumnya terdedah.

Pelitup muka yang diletakkan di bawah dagu tidak boleh dipakai semula kerana tindakan itu boleh menyebabkan mulut dan hidung terkena jangkitan bakteria, virus dan kuman.

Sumber: Facebook Dr. Noor Hisham Abdullah

Syafiqa Irdina