Mural gergasi pemimpin negara termasuklah potret Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang terletak di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat Shah Alam, diconteng dengan kata-kata kesat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Apa yang lebih menyedihkan adalah perkataan kesat itu tidak sepatutnya diconteng diatas mural tersebut.
Mural yang dilukis oleh tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27, Muhamad Firdaus Nordin, 26 dan Abdul Hadi Ramli, 27 sebagai tanda penghargaan buat wira negara kita terutamanya dalam menangani krisis Covid-19.
Menerusi ciapan @MrJamesLabu di akaun Twitter miliknya, video berdurasi 14 saat itu memaparkan keadaan terkini mural tersebut selepas diconteng dengan perkataan tidak senonoh.
Terbaharu, kesemua lukisan mural tersebut telahpun dipadam sepenuhnya oleh pihak MBSA dan kini pihak polis sedang melakukan siasatan berhubung kes terbabit.
Dalam masa yang sama, Raja Permaisuri Agong juga sempat berkongsi mengenai berita tersebut di laman instagram miliknya tanda berdukacita dengan kejadian yang berlaku.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah pernah berkenan mencemar duli melawat mural gergasi berkenaan. Malah, Dr. Noor Hisham Abdullah juga pernah merakamkan gambar bersama-sama mural tersebut sebelum ini.
Ternyata tindakan vandalisme yang dilakukan oleh manusia tidak bertanggungjawab ini mengundang pelbagai respon negatif di kalangan netizen .
Apapun, sama-samalah kita menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan menghormati karya orang lain.
M.Nasir belum mahu bersara
Ini penjelasan Tajul
Kak Nini dah menang dihati peminat 🫰
Semoga jadi iktibar buat semua