Trending By: Salma Syahbuddin July 20, 2020 @ 2:50pm

Tidak Bermoral! Mural Pemimpin Negara Diconteng Dengan Kata-Kata Kesat

Mural gergasi pemimpin negara termasuklah potret Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang terletak di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat Shah Alam, diconteng dengan kata-kata kesat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menyedihkan dan tidak bermoral!

Apa yang lebih menyedihkan adalah perkataan kesat itu tidak sepatutnya diconteng diatas mural tersebut.

Mural yang dilukis oleh tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27, Muhamad Firdaus Nordin, 26 dan Abdul Hadi Ramli, 27 sebagai tanda penghargaan buat wira negara kita terutamanya dalam menangani krisis Covid-19.

Menerusi ciapan @MrJamesLabu di akaun Twitter miliknya, video berdurasi 14 saat itu memaparkan keadaan terkini mural tersebut selepas diconteng dengan perkataan tidak senonoh.

Terbaharu, kesemua lukisan mural tersebut telahpun dipadam sepenuhnya oleh pihak MBSA dan kini pihak polis sedang melakukan siasatan berhubung kes terbabit.

“Semoga Allah SWT membalasnya”

Dalam masa yang sama, Raja Permaisuri Agong juga sempat berkongsi mengenai berita tersebut di laman instagram miliknya tanda berdukacita dengan kejadian yang berlaku.

View this post on Instagram

semoga allah swt yg membalas nya

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tengkuampuanpahang) on

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah pernah berkenan mencemar duli melawat mural gergasi berkenaan. Malah, Dr. Noor  Hisham Abdullah juga pernah merakamkan gambar bersama-sama mural tersebut sebelum ini.

“…paling sayang lukisan Dr Noor Hisham & YDPA…”

Ternyata tindakan vandalisme yang dilakukan oleh manusia tidak bertanggungjawab ini mengundang pelbagai respon negatif di kalangan netizen .

Apapun, sama-samalah kita menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan menghormati karya orang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Apr 2022
Featured Tue, 10 May 2022
Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Tue, 20 Sep 2022
Drama Sat, 20 Apr 2024
Trending Sat, 1 Aug 2020