Trending By: Syamir Shafie December 14, 2023 @ 11:53am

Tak Sangka Boyfriend Sanggup Upah 2 Orang Kawan Untuk S*ks Bersama, Gadis Kesal Ditipu & Minta Golongan Perempuan Jangan Mudah Percayakan Lelaki

Tular di TikTok pengakuan seorang gadis yang menjadi mangsa pemuas nafsu serakah tiga orang remaja lelaki.

Perkara itu dikongsikan di laman TikTok miliknya dan dia dilihat membongkar satu demi satu cerita agar menjadi pengajaran buat semua pengguna media sosial.

Lebih mengejutkan, gadis itu turut diperkosa oleh dua orang kawan kepada teman lelakinya sendiri.

Malah, teman lelakinya tergamak untuk mengupah dua orang kawannya untuk bersama-sama melakukan perbuatan keji tersebut.

Mangsa yang telah membuat laporan polis mendedahkan bahawa pada awalnya dia diajak untuk makan bersama ibu bapa teman lelakinya.

Tidak berfikir panjang, dia terus bersetuju memandangkan keluarga teman lelakinya sudah selalu mengajaknya makan sekali.

Rupa-rupanya, dia ditipu serta mereka telah merancang untuk memerangkapnya pada malam tersebut.

Dia terkejut dan takut apabila melihat teman lelakinya dan dua orang lelaki lain berada di hadapannya dan sudah bersedia untuk memperkosanya.

“Saya minta maaf sangat kalau kamu jijik/takut dengan apa yg dah jadi dekat saya. Saya nak cakap yang saya di ajak dinner family dia tapi sebenarnya di tipu saya dengan buat mcmtu.

“saya betul betul tak dapat nak lawan bila 3 dah di depan mata, saya kenal dia 2 tahun and almost 3 tahun bulan januari 2024 ni, dan dah biasa selalu diajak family dia makan makan but kali ni dia tipu saya,” katanya.

Dalam pada itu, dia bengang dengan komen netizen yang meminta salah seorang pelaku berkongsi video seks tersebut.

Tambahnya lagi, tujuan dia menyebarkan pengalaman pahitnya itu sebagai pengajaran kepada remaja agar tidak mudah mempercayakan lelaki.

Dia berharap agar keadilan berpihak kepadanya dan tiga orang pelaku mendapat balasan dengan setimpal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 May 2023
Featured Fri, 2 Dec 2022

Mengaku Kerap Terkucil, Kriteria Pemilihan Lagu Jadi Keutamaan… Ikut Kemampuan Vokal Nabila Razali

Penyanyi terkenal, Nabila Razali lebih teliti dalam memilih sebuah lagu untuk dinyanyikan selepas acap kali ‘terkucil’ sewaktu melakukan persembahan. Ketika ditemui oleh XTRA, Nabila menceritakan pemilihan lagu menjadi keutamaan kerana ingin selari dengan kemampuan vokal […]

Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Imran Aqil & Dahlia Rizal Kongsi Momen Beli Belah, Peminat Single Komen: “Sendunya Kehidupan Aku…”

Umum mengetahui, pelakon dan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat mesra bersama tunang, Dahlia Rizal. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Dahlia di laman TikTok ketika dia […]

Trending Thu, 11 Feb 2021