Categories: Trending

“Satu Malaysia Kena Game!” Ramai Tak Puas Hati Ending Drama Takdir Yang Tertulis, Tak Sangka Neelofa Pun Siap ‘Join’ Sekali

Nampaknya ramai yang mula ‘marah’ dengan plot twist drama Takdir Yang Tertulis yang telahpun sampai ke penghujungnya semalam.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya drama ini menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen menerusi laman sosial Twitter mahupun instagram sehingga menduduki carta trending nombor satu di Malaysia.

 

Satu Malaysia kena game!

Rata-rata peminat drama ini tidak menyangka bahawa ‘plot twist’ yang disajikan oleh pengarah, shahrulezad mohameddin betul-betul ‘menjadi’ apabila Mika sebenarnya bukanlah anak kepada Ean tetapi sebenarnya anak kepada Hakim yang juga sepupu kepada Ila.

Perkara tersebut juga turut dikongsi oleh pengarah berbakat besar ini menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Neelofa pun ‘join’ sekali…

Wah, siapa sangka pengacara, usahawan dan model terkenal, Neelofa juga tidak terlepas untuk ‘join’ sekali memberikan pendapat beliau terhadap drama terbitan Radius One menerusi muat naik di laman Twitter miliknya.

Malah, muat naik tersebut juga telahpun diulang kicau sebanyak 6,000 kali dan menerima tanda suka sebanyak 6,200 sebaik sahaja drama tersebut sampai ke penghujungnya.

Bagaimanapun, netizen sempat memberikan reaksi kerana tidak menyangka Lofa juga antara yang mengikuti drama tersebut.

 

Netizen siap ‘request’ Takdir Yang Tertulis 2

Gara-gara disajikan dengan ‘plot twist’ yang tidak disangka-sangka, netizen nampaknya mahukan Takdir Yang Tertulis musim kedua kerana menganggap drama ini harus mempunyai pengakhiran yang selayaknya buat semua pelakon dalam drama tersebut.

Walaupun ramai netizen meminta agar Takdir Yang Tertulis musim kedua dihasilkan namun, ada juga segelintir netizen yang tidak bersetuju drama ini diteruskan kerana takut jalan cerita untuk musim seterusnya lebih meleret dan membosankan.

Apapun, kita tunggu apa kata tuan pengarah nanti ye!

Kudos kepada semua pelakon yang terlibat!

Apalah erti sebuah karya jika tidak mempunyai pemainnya buka? Dengan jalan cerita yang tidak klise, Takdir Yang Tertulis semestinya antara drama melayu yang berjaya mencuri perhatian peminat setianya.

Bahkan, lakonan mantap dari para pelakon drama ini harus diberikan pujian.  Kesakitan Juweta, kasih sayang yang ditunjukkan oleh Mika, rasa cinta yang dipupuk antara Ruhila dan Ean, perasaan tamak dan dendam yang dilakonkan Che Salmah betul-betul berjaya ‘membawa’ penonton menghayati setiap watak yang dipersembahkan.

 

Tahniah diucapkan buat semua pelakon dan pengarah drama rantaian Takdir Yang Tertulis kerana berjaya menghasilkan sebuah drama yang berkualiti dan dekat di hati peminat drama tempatan.

Salma Syahbuddin