Categories: Trending

Sebanyak 93% Guru Mahu Mengajar Didalam Kelas

93 peratus warga pendidik di negara ini memilih kaedah pembelajaran secara bersemuka sebagai pilihan utama kepada proses pembelajaran dan pengajaran (PnP) murid di sekolah.

Berdasarkan hasil kajian…

Peratusan ini adalah hasil kajian yang dilaksanakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).

Dan, kajian ini dilakukan bersama 100 pakar pendidikan dalam negara.

Empat kaedah PnP yang boleh dilaksanakan oleh guru

Menurut Ketua penyelidik yang juga pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Nazri Abdul Rahman, pihaknya mencadangkan empat kaedah PnP yang boleh dilaksana dan menjadi pilihan kepada guru terutama sebagai persediaan buat mereka.

” Pakar bersetuju memperkenalkan empat kaedah PnP, termasuklah pembelajaran secara bersemuka, segerak, tak segerak, dan offline

Tambahnya lagi, ketika ini ramai pendidik terutamanya generasi muda yang mahir menggunakan teknologi dan gajet.

Dan, pilihan pedagogi ini secara langsung akan membantu kerajaan mengawal penularan COVID-19 dalam negara terutama selepas sesi persekolahan mula dibuka .

Aminuddin berkata, hasil kajian itu sudah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan sebagai input tetapi belum mendapat maklum balas.

Malah, NUTP berharap hasil kajian itu akan membantu guru menentukan kaedah PnP terbaik pasca COVID-19 dengan kebiasaan baharu dalam sesi persekolahan.

Salma Syahbuddin