Categories: FeaturedTrending

Seleksi video tular sepanjang PKP yang buat kamu terhibur dan pecah perut!

Penularan wabak novel koronavirus atau COVID-19 ini kini menjadi satu isu yang sangat serius sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai pandemik.

Pandemik merujuk pada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.

Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.

Disebabkan itu, baik di Malaysia mahupun negara di seluruh dunia kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi menghentikan penyebaran wabak yang boleh dianggap pembunuh misteri ini.

Hampir dua minggu melalui fasa pertama PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April depan, berbagai ragam rakyat Malaysia dan antarabangsa mengekspresikan isu PKP dan COVID-19 ini, dengan menghasilkan video-video kreatif yang menghiburkan ramai.

Ada video berkenaan menjadi tular, antara yang mencuit hati penulis, lagu Kerana dendangan asal kumpulan Alleycats yang diolah oleh seorang pemuda kepada Corona.

Selain video ini, Hijab & Heels menyenaraikan beberapa lagi video lucu sepanjang PKP ini untuk hiburan anda. Semoga terhibur!

Sumber: YouTube

Sumber: Facebook

 

 

 

Sumber: Facebook

Sumber: YouTube

Sumber: YouTube

Foto: YouTube

Yanie Baharom