Categories: FeaturedTrending

Selepas 11 Hari Bermandi Darah, Hamas & Israel Setuju Gencatan Senjata Di Gaza

Selepas bertempur dan bermandi darah selama 11 hari, Pejuang Hamas dan Zionis Israel akhirnya bersetuju mengadakan gencatan senjata pada hari ini.

Jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel mengesahkan perkara tersebut.

Walaubagaimanapun, sejurus selepas kenyataan itu diumumkan kedua dua belah pihak tetap meneruskan serangan .

Menurut anggota Israel, gencatan senjata itu berkuatkuasa jam 2 pagi Jumaat waktu tempatan selepas tiga jam pengumuman dilakukan .

Terdahulu, Presiden Anerika Syarikat Joe Biden mendesak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netahanyu untuk meredakan ketegangan yang berlaku.

Rata-rata netizen di media sosial dilihat meluahkan rasa syukur terhadap perkara ini dan berdoa semoga Palestin kembali mendapat tanah air yang tercinta.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”