Categories: Trending

Selepas 25 Tahun, Kumpulan KRU Akan Dibubarkan Bulan Depan. Girls! Jangan Nangis Ya

Bagi anda yang minat gila dengan kumpulan KRU mesti sedih apabila dengar mereka akan dibubar kan? Semalam anggota KRU, Datuk Norman Abdul Halim telah mengumumkan kumpulan itu secara rasmi akan dibubarkan pada bulan Mei depan. Mesti anda sedih kan?

Jangan sedih-sedih kerana anda masih lagi berpeluang untuk menyaksikan persembahan daripada KRU ini. Kalau anda nak tahu, bersempena dengan ulang tahun ke-25, trio adik beradik ini akan mengadakan konsert yang terakhir di Istana Budaya pada 4 Mei ini selama tiga hari.

Jadi kepada anda yang nak ucap selamat tinggal dan mengabadikan kenangan terakhir bersama kumpulan ini, bolehlah pergi ke konsert tersebut. Ambil gambar banyak-banyak ya!

Foto: Astro Gempak

Selain itu, entiti KRU sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya kami selama 25 tahun dalam industri muzik tanah air.” 

“Ini keputusan semula jadi yang sememangnya sudah tiba masanya untuk kami berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga pula. Saya juga ada anak-anak yang perlu perhatian,” menurut Edry.

Selepas ini, walaupun KRU dibubarkan, anda masih boleh melihat perkembangan mereka di Instagram. Jom kita throwback lagu KRU yang pernah popular pada tahun 90an. Layan…

Sumber: Berita Harian

tex_admin