Categories: Oh Lawa

Selepas Bulu Kening, Trend Seni Hidung Pula Viral Di Instagram, No. 4 Paling Unik

Sejak tahun lepas lagi makeup artist antarabangsa telah memulakan trend di mana mereka mengenakan makeup di bahagian muka. Bukan macam biasa yang anda pakai, tetapi secara berlebihan macam seni lukis.

Mula-mula bulu kening, lepas itu bibir dan kelopak mata pula. Macam dah tak ada tempat lain nak melukis. Muka pula dijadikan kanvas!

Corak-corak dan seni yang dipamerkan memanglah unik dan luar biasa, dan kreativiti mereka memang patut dipuji. Tetapi trend fesyen muka ini memang tak boleh dipakai di khalayak ramai; mesti orang lain akan pandang semacam.

Walau bagaimanapun, para makeup artist ini macam berlumba-lumba menghasilkan seni yang paling unik untuk dipamerkan di Instagram.

Kini nampaknya bahagian tengah muka iaitu hidung pula menjadi sasaran. Hmm, bahagian ini memang lebih luas untuk mereka berkreatif. Dan ia ternyata lebih terserlah. Jom tengok seni-seni yang dihasilkan.

1. Lightning

Foto: Instagram Sounthie

2. Hearts

Foto: Instagram Karlitacosita

3. Lucky Charm

Foto: Instagram froglady444

4. Fruit Salad

Foto: Twitter iamgiannapaola

5. Freckled Hearts

Foto: Instagram buec

6. Flowers

Foto: Instagram gothfruits

7. X

Foto: Instagram laurakalmakoff

8. Horizontal Line

Foto: Instagram evelynnnxo_

9. Stars And Dots

Foto: Instagram mamapeach_

Haih, memang pelik. Tapi yang mana favourite anda?

Sumber: Allure

Ad Ops