Categories: Parenting

Ajar Anak Anda Mengira Dengan Alat Ini, Buat Sendiri Dengan Cawan Polisterin Saja!

Kadangkala belajar mengira di atas kertas lama-lama akan membosankan. Jadi anda perlu mencari idea lain supaya anak anda akan terus berminat untuk belajar.

Ada banyak cara lain, dan salah satu daripadanya ialah dengan mencipta sebuah “alat kira-kira” yang diperbuat daripada cawan polisterin.

Anda boleh buat sendiri, kerana ia mudah sangat dan anda boleh jadikan ia sebagai satu aktiviti keluarga bersama anak anda.

Anda hanya perlukan sebatang pen marker dan beberapa cawan polisterin. Ikuti cara untuk membuat alat kira-kira ini dengan menonton video ini:

Mudah, kan? Anda boleh tetapkan, contohnya, berapa tambah berapa, dan kemudian anak anda boleh menguji pengetahuannya dengan memberikan jawapan yang dia rasa tepat.

Kalau anda mahu, anda cuma perlu tambahkan lagi cawan untuk meningkatkan tahap kesukaran kira-kira, seperti yang ditunjukkan dalam video ini.

Jom cuba!

Sumber: Planning Playtime

Ad Ops