Categories: Oh Lawa

Tak Susah Sebenarnya Buat French Braid Ni, Kejap Saja Dah Jadi Rambut Princess Elsa

Menjelang penghujung akhir tahun 2013, Disney telah menghadirkan sebuah filem animasi berjudul Frozen di mana ianya mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan penonton.

Ramai memuji storyline filem ini yang sarat dengan elemen kekeluargaan malah ia dianggap sebuah karya klasik namun berbeza dari kisah princess yang pernah diterbitkan.

Karekter dua beradik terutamanya si kakak bernama Elsa cukup memikat sehinggakan pakaiannya, lagu menghapus sumpahan yang dinyanyikan iaitu Let It Go sehinggalah stail rambutnya, menjadi ikutan ramai.

Foto : jaysbrickblog.com

Bercakap mengenai trademark rambut Elsa atau French Braid, semenjak filem animasi itu dipertontonkan, bukan saja kanak- kanak dan remaja, bahkan selebriti antarabangsa dan tempatan juga memilih untuk tampil dengan stail rambut yang sama sebagai pelangkap penampilan mereka saat menghadiri majlis-majlis keramaian serta anugerah.

French Braid seperti digayakan Elsa itu juga memperlihatkan demand yang sangat tinggi di kalangan pengantin. Malah menerusi laman sosial YouTube, terdapat banyak tutorial mengenainya dimuat naik dengan jumlah tontonan mencecah 32 juta.

Memandangkan stail rambut Elsa masih relevan sehingga ke hari ini, Hijab & Heels ingin berkongsi dengan pembaca tersayang bagaimana menghasilkan French Braid sebagaimana paparan video di bawah. Pasti anda suka kerana teknik dandanan ini membuatkan wajah seseorang kelihatan cantik dan elegan.

Video : YouTube (www.youtube.com/watch?v=Zx8nLLeTanw)

Yanie Baharom