Categories: Gaya Hidup

Nikmati Keriangan Di Inflatable Island, Taman Air Terbesar Di Asia

Memandangkan Pulau Boracay dah ditutup untuk pelawat sampailah ke bulan Oktober, anda masih boleh menikmati keriangan di pantai apabila anda mengunjungi negara Filipina.

Teluk Subic di Zambales mungkin tak seindah Pantai Boracay, tapi ia adalah lokasi untuk Inflatable Island, taman permainan terapung yang terbesar di Asia.

Anda mungkin tak tahu kewujudan tempat ini, kan?

Bersaiz 3,400 meter persegi, Inflatable Island ini sebenarnya sebesar 8 gelanggang bola keranjang jika diletakkan sebelah-menyebelah. Besar tu!

Anda pernah tengok bounce house (“bangunan” plastik berisi angin) di mana kanak-kanak boleh panjat dan lompat-lompat?

Konsep Inflatable Island ini sama saja, tapi strukturnya seperti papan gelongsor, menara, jambatan dan buaian ditempatkan di atas permukaan air supaya terapung.

Memang seronok! Sambil berenang-renang, anda boleh lompat dan lari-lari di atas struktur yang terapung tu. Kanak-kanak mahupun orang dewasa boleh enjoy.

Lepas dah penat beriadah, anda boleh lepak di pantai untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.

Tengoklah payung-payung di sini! Tona pink dan ungu lavender tersangatlah cantik dan sweet! Sesuai sangat untuk Instagram.

Kalau nak tahu lagi, tengok video promosi Inflatable Island ini:

Berminat? Anda boleh buat booking di www.theinflatableisland.com. Harga tiket bermula daripada Php 499.

Sekarang Inflatable Island ada menyediakan pakej Sunset Party serta beberapa attraction terbaru seperti Unicorn Island dan Bali Lounge. Tempat ini juga sesuai kalau anda ingin adakan acara team building.

Jadi, jom pergi beramai-ramai dan enjoy!

Sumber: Instagram Inflatable IslandInflatable Island, Cosmopolitan

Ad Ops