Categories: Trending

Selepas 4 Februari 2021, PKPB Lebih Ketat Akan Dilaksanakan Selama…

Menerusi satu hantaran dilaman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan.

Ini kerana, impak yang lebih besar kepada ekonomi negara akan berlaku.

Justeru itu, bagi membendung kes penularan Covid-19 dalam negara, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan akan dilaksanakan.

Dan, sekiranya PKPB ini berkesan maka jumlah kes yang tinggi sekarang ini akan dapat diturunkan.

“Jadi kalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei depn kita akan dapat turunkan kes sehingga dua digit” katanya.

Sumber : Facebook KKM

Salma Syahbuddin