Categories: Trending

“Hanya Banyak Bercakap Tapi TIDAK Ada Isi…” TMJ Sindir Siapa Tu?

Jangan banyak cakap!

Itu antara sindiran yang dikeluarkan oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila terdapat segelintir pihak yang hanya banyak bercakap tapi tidak mempunyai ‘isi’.

Menerusi hantaran dilaman instagram milik Tunku memaklumkan bahawa individu berkenaan sebenarnya tidak memberi sebarang sumbangan mahupun membantu industri bola sepak negara ke tahap yang lebih baik.

“Cakap macam orang sudah banyak pencapaian…”

Menurut Tunku, individu terbabit seharusnya bercakap apabila sudah mencipta kejayaan atau menyumbang sesuatu kepada industri sukan nombor satu dunia itu.

” Tetapi seorang pun tak beri apa sumbangan kepada bola sepak negara atau faham industri bola sepak. Semua cakap macam orang sudah banyak pencapaian dan kejayaan.

” Mula bercakap apabila anda ada beri sumbangan atau ada pencapaian dalam dunia bola sepak sebab sekarang ini anda hanya bercakap kosong,” katanya.

“Sekarang ini, duduk diam-diam dan kalau tak faham datang sini”

Selain itu, Tunku Ismail juga melihat industri bola sepak negara termasuk dalam prestasi pasukan kebangsaan yang semakin meningkat terutama di peringkat antarabangsa.

Malah, Tunku juga memberikan nasihat dan pendapat kepada pihak berkaitan jika mahu memajukan bola sepak dan pasukan kebangsaan perlulah fokus kepada kelab terlebih dahulu.

“Kelab membangun, tahap liga dan infrastruktur bola sepak membangun maka tinggi ranking pasukan kebangsaan.

” Sekarang ini duduk diam-diam dan kalau tak faham datang sini.” jelasnya.

Sumber : Harian Metro, Instagram

Salma Syahbuddin