Categories: Trending

Rentas Negeri Dibenarkan Untuk Pasangan Jarak Jauh Mulai Esok

Menerusi sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN), Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan kerajaan bersetuju memberi kelonggaran rentas negeri buat pasangan jarak jauh untuk berjumpa dengan pasangan masing-masing.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan setuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentas negeri bertemu keluarga masing-masing dengan syarat mendapat kebenaran dan kelulusan polis.

“Sama seperti yang lain-lain, kalau ada kes kecemasan memang kita benarkan tetapi perlu maklum kepada polis dan dapatkan kebenaran terlebih dahulu,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini hari ini.

Walaubagaimanapun, mana-mana pasangan yang ingin merentas negeri wajib mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”