Categories: Trending

Semangat Si Cilik Puteri Balqis Melawan Penyakit Kanser. Semoga Segera Sembuh!

Siapa yang tidak kenal pada pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi. Hanya berusia 11 tahun namun versatiliti lakonan kanak-kanak ini bisa menyentuh hati sesiapapun.

Buktinya pada 2014, Balqis diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin. Justeru berita mengenai anak seni berbakat ini mengidap kanser sebagaimana tular baru-baru ini, disambut dengan perasaan terkejut serta hiba oleh seluruh industri seni yang mengenalinya.

Lima hari lalu, Balqis telah berkongsi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagramnya dengan tanda pagar #FightCancer ketika menjalani rawatan doktor. Balqis ketika itu mengenakan topeng mulut.

“Went for her treatment this evening. Alhamdulillah Puteri is getting better. #rockingbalqis #fightcancer,” tulis status yang dipercayai daripada ibu Balqis.

Tanda pagar #FightCancer yang ditulis itu bagaimanapun seolah-seolah membayangkan Aqish yang sebelum ini dikatakan mempunyai masalah jantung itu sedang menghidap penyakit kanser.

Foto: Puteri Balqis Instagram

Persoalan tersebuat akhirnya terjawab apabila ibu Balqis, Norashikin Mohd Aziz, menerusi laporan sebuah akhbar mengesahkan perkara itu, namun tidak menjelaskan lebih lanjut tentang perkara itu.

Bagaimanapun, kata Norashikin, tahap kesihatan anaknya semakin baik selepas menjalani rawatan, malah mempunyai semangat yang cukup kuat meskipun berdepan dengan masalah kesihatan.

Balqish sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu semenjak akhir tahun lalu apabila mengalami demam berpanjangan dan kerap muntah sehingga terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan.

H&H ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan semoga Balqis segera sembuh, bersemangat untuk kembali beraksi dan terus bersinar di persada seni hiburan tanahair!

Foto: says.com

Yanie Baharom