Trending By: Yanie Baharom July 12, 2018 @ 1:00pm

Semangat Si Cilik Puteri Balqis Melawan Penyakit Kanser. Semoga Segera Sembuh!

Siapa yang tidak kenal pada pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi. Hanya berusia 11 tahun namun versatiliti lakonan kanak-kanak ini bisa menyentuh hati sesiapapun.

Buktinya pada 2014, Balqis diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin. Justeru berita mengenai anak seni berbakat ini mengidap kanser sebagaimana tular baru-baru ini, disambut dengan perasaan terkejut serta hiba oleh seluruh industri seni yang mengenalinya.

Lima hari lalu, Balqis telah berkongsi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagramnya dengan tanda pagar #FightCancer ketika menjalani rawatan doktor. Balqis ketika itu mengenakan topeng mulut.

“Went for her treatment this evening. Alhamdulillah Puteri is getting better. #rockingbalqis #fightcancer,” tulis status yang dipercayai daripada ibu Balqis.

Tanda pagar #FightCancer yang ditulis itu bagaimanapun seolah-seolah membayangkan Aqish yang sebelum ini dikatakan mempunyai masalah jantung itu sedang menghidap penyakit kanser.

Foto: Puteri Balqis Instagram

Persoalan tersebuat akhirnya terjawab apabila ibu Balqis, Norashikin Mohd Aziz, menerusi laporan sebuah akhbar mengesahkan perkara itu, namun tidak menjelaskan lebih lanjut tentang perkara itu.

Bagaimanapun, kata Norashikin, tahap kesihatan anaknya semakin baik selepas menjalani rawatan, malah mempunyai semangat yang cukup kuat meskipun berdepan dengan masalah kesihatan.

Balqish sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu semenjak akhir tahun lalu apabila mengalami demam berpanjangan dan kerap muntah sehingga terpaksa ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan.

H&H ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan semoga Balqis segera sembuh, bersemangat untuk kembali beraksi dan terus bersinar di persada seni hiburan tanahair!

Foto: says.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 Mar 2019

Video Viral Lelaki Bakar Diri Sendiri Disahkan Meninggal Dunia

Dalam rakaman tersebut, lelaki terbabit dilihat melumuri dirinya dengan minyak petrol sebelum mengeluarkan pemetik api dan membakar dirinya. 

Trending Mon, 8 Mar 2021

Sertai Jemaah Tabligh, Netizen Doa MK K-Clique Istiqamah, Mohon Buang Rantai Emas Yang Dipakai

Siapa sangka pemuda kelahiran Tawau Sabah yang seringkali menjadi kegilaan anak muda pada hari ini mengejutkan ramai peminatnya apabila anggota kumpulan K-Clique iaitu MK mengambil peluang untuk menyertai kumpulan jemaah tabligh di Jerantut Pahang pada

Trending Wed, 21 Feb 2018

SERENA WILLIAMS “HIDUP SEMULA”

Menurut Williams, jahitan pembedahan caesarean terbuka kerana batuk teruk akibat embolisme.

Kisah Viral Sat, 24 Dec 2022

Tampil Gandingan Hariz Fayahet & Bunga, ‘Kita Juara’ Menyambut Industri Sukan Malaysia

Dua suara berbeza genre, Hariz Fayahet & Bunga kini mempersembahkan single terbaharu yang menyuntik semangat orang ramai, Kita Juara! Lagu ini adalah bersempena dengan Anugerah Ikon Sukan Harian Metro yang akan disiarkan secara langsung di

Trending Mon, 21 May 2018

Rosmah: “A Person is Innocent Until Proven Guilty”

It seems the ex-Prime Minister’s wife wishes to be treated like a normal person.

Featured Thu, 9 Sep 2021

Orang Ramai Boleh Melancong Ke Langkawi Mulai 16 September

Para pengunjung yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut  Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri mulai 16 September, Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara

Trending Sun, 21 Aug 2022

“Walaupun Kita Bukan Adik Beradik Kandung, Tapi…” – Air Mata Wan Sharmila Gugur Bila Jumpa Adik-Adik

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon Wan Sharmila yang masih masih kekal aktif dan tak putus-putus rezekinya dalam bidang lakonan. Terbaharu, Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala itu ada memuat naik satu hantaran di

| Live TV