Euforia Bola 2026
#ThrowbackXTRA By: Fatin Nurain June 7, 2023 @ 1:30pm

#ThrowbackXTRA: Imran Aqil Imbau Momen Berkenalan Dengan Dahlia Rizal

Bakal mengakhiri zaman bujangnya pada hujung tahun ini, pelakon dan penyampai radio Imran Aqil tampil berkongsi detik perkenalan bersama bakal isterinya, Dahlia Rizal.

Bukan itu sahaja, dalam segmen #ThrowbackXTRA kali ini juga Imran bakal berkongsi keperibadian Dahlia yang membuatnya terpikat suatu ketika dahulu.

Detik Awal Perkenalan

Menurut Imran, mereka berkongsi minat yang sama dalam sukan badminton namun dan sedar bahawa dirinya mungkin tidak sepadan dengan Dahlia kerana taraf hidup yang berbeza.

“Saya kenal Dahlia masa umur saya 18 tahun, dia 16 tahun. Masa tu kami ada minat yang sama dalam badminton. Mula-mula yasa jumpa dia pada tahun 2017. Masa tu kami main badminton bersama dengan pakcik dan sepupu saya.

“Tapi masa tu saya rasa macam ini bukan taraf saya. Tempat saya jumpa dia pun tempat orang kaya, saya pun tak ada apa-apa masa tu sebab masih belajar. Dia berasal dari keluarga yang berada. Saya memang kira macam orang kampung.

“Lepas saya jumpa dia tu saya macam patah balik dan tak bersedia lagi. Jadi kami hanya berkawan rapat dan start berbaik dengan adik-beradik dia,” katanya.

Bibit Awal Cinta Berputik

Namun, penyampai radio itu turut mengakui mereka tetap berkawan rapat sehinggalah dia menyedari dirinya sudah tertarik dengan kekasih hatinya itu.

“Tapi ada suatu ketika itu ada benda jadi pada saya dan dia ada untuk saya masa itu. Saya jenis suka minta pendapat.

“Bila borak-borak tu timbullah perasaan suka tapi bukan setakat suka yang kosong. Suka yang ingin jadikan dia isteri saya.

“Mula-mula saya tanya abang dia dulu, adik dan kakak dia. Kemudian, baru cakap kat dia sebab saya nak tahu sama ada dia dah berpunya ke belum. Lepastu, baru saya lamar dia,” jelasnya.

Karakter Bakal Isteri Yang Menarik Hati

Mengakui gementar menghitung hari bahagia tidak lama lagi, Imran juga sempat berkongsi karakter bakal isterinya yang berjaya mencuri hati.

“Dia seorang yang sangat periang dan pemurah. Kalau ada masalah dia lebih tenang. Dia bukan jenis yang mudah meledak. Sikap dia sangat bertentangan dengan saya. Kalau saya marah saya mudah melenting tapi dia berlawanan.

“Ada ustazah tu kata, jodoh ni ada tiga jenis iaitu cerminan diri, pelengkap diri dan ujian. Saya rasa dia pelengkap diri saya. Segala kekurangan saya dia menyempurnakan. Kekurangan dia, saya menyempurnakan juga.

“Saya mengharapkan benda tu sebab kita tak tahu since kami belum berkahwin lagi. Saya rasa itu antaranya dan dia pun ada ciri-ciri keibu-ibuan sebab dia ada empat adik kecil dari umur lapan tahun sehingga 12 tahun.

“Saya pun ada adik kecil. Saya perlukan tulah sebab dia suka dengan budak-budak, adik-adik saya pun suka. Benda tu yang mewarnai sikap dia,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Mon, 29 Aug 2022
Trending Mon, 2 Dec 2019

5 Produk Kosmetik Beracun Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Lambakan pelbagai produk kosmetik beracun di pasaran sememangnya memudahkan sesiapa sahaja untuk mendapatkan produk tersebut. Walaupun ramai diantara kita yang tahu produk komestik yang beracun memang menjanjikan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat. Walaupun […]

Featured Tue, 7 Nov 2023

Tampil Anggun Bertudung Labuh, Nadia Brian Syukur Terima Komen Positif Peminat – “Saya Memang Ke Arah Itu”

Pelakon Nadia Brian bersyukur dan terkejut apabila menerima banyak komen positif dalam kalangan netizen yang memuji penampilannya bertudung labuh. Menurut Nadia atau nama penuhnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32,  walaupun dia belum mengambil keputusan untuk […]

Featured Mon, 26 Jul 2021

“Saya Jadi Peminat Program Ini Semenjak Kecil…” – Ganti Daiyan Trisha, Sissy Imann Jadi Hos Baru Muzik Muzik 36

Penyanyi Sissy Imann membuat kejutan apabila bakal menggantikan Daiyan Trisha sebagai  hos baru rancangan Muzik Muzik 36 yang akan disiarkan di TV3 bermula 1 Ogos ini. Walaupun baru menapak dalam bidang pengacaraan, Sissy yakin tanggungjawab […]

Hiburan Tue, 12 Nov 2024

Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima Sepenuhnya, Fattah Diberi Hak Bermalam 2 Kali Sebulan & Lawatan Harian 3 Kali Seminggu

Fazura dapat hak jagaan Fatima sepenuhnya, Fattah diberi hak lawatan dan bermalam

Hiburan Sat, 22 Nov 2025

Tampil Single Perjalanan… Kolaborasi Ernie Zakri, Andi Rianto Lahirkan Lagu Sarat Penghayatan

Ernie Zakri berkolaborasi dengan produser & komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto.

error: Content is protected !!