Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 13, 2023 @ 3:52pm

Peguam Sahkan Hafidz Roshdi Alami Bipolar Disorder, Mengaku Masih Cintakan Bekas Isteri

Selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar mencadangkan Hafidz menjalani rawatan dan mendapatkan laporan kesihatan di Hospital Bahagia, peguamnya, Datuk Akbardin Abdul Kader bagaimanapaun membantah keputusan itu atas alasan anak guamnya hanya mengalami bipolar dan ia bukanlah satu masalah yang serius.

Justeru, Mahkamah Majistret membenarkan pelakon Hafidz Rosdi atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, diikat jamin sebanyak  RM4,000 dengan tiga syarat tambahan termasuklah, mendapatkan rawatan dan laporan kesihatan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak selain dilarang mengganggu mangsa (Nurul Shuhada) dan menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah sehingga kes selesai.

ARTIKEL BERKAITAN:Perlu Jalani Rawatan Psikiatri, Hafidz Roshdi Diperintah Untuk Dibawa Ke Hospital Bahagia

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Dakwaan Pukul Isteri, Hafidz Roshdi Tenang Tiba Di Mahkamah Pagi Ini

Dalam pada itu, Hafidz menerusi temu bual bersama media sebelum ini memaklumkan, konflik rumah tangganya bersama bekas isteri, Nurul Shuhada dapat dipadam dan sedia membuka ruang perdamaian antara mereka.

Malah, dia juga mengaku masih menyayangi wanita itu dan akan mencuba menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Masih wujud rasa cinta terhadap dia.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk selamatkan rumah tangga saya,” katanya seusai proses pembayaran wang ikat jamin.

 

Terdahulu, aktor itu mengaku tidak pernah terlintas untuk mencederakan bekas isterinya.

“Di dalam hidup saya, di antara momen-momen indah adalah apabila berumah tangga dengan pilihan hati saya Nurul Shuhada Mat Shukri.

“Tidak pernah terlintas dilubuk hati saya bahawa pada hari ini saya akan berada di mahkamah kerana dituduh mencederakan orang yang saya sayangi.

“Saya adalah seorang manusia sama seperti anda yang inginkan kebahagiaan sehingga ke penghujungnya,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jul 2019

Pemilihan pelakon utama The Little Mermaid cetus kontroversi

Ramai tidak puas hati dengan keputusan Disney

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Siapa Artis Ke Kelab Malam Pada Bulan Ramadan?

Kenyataan itu dilihat seakan-akan benar apabila status Eyka juga menunjukkan yang kononnya beliau berada di kelab tersebut.

Hiburan Thu, 13 Jun 2019
Featured Mon, 21 Aug 2023
Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020

Events Mon, 10 Sep 2018

#FindDali: Finally, We Found Dali!

Dali finally revealed him/herself…can you guess who it is? #FindDali

Featured Wed, 26 Oct 2022

Pemasaran Perniagaan Kecil & Sederhana Lebih Mudah Dengan REV ID!

Peluang terbaik buat peniaga kecil dan sederhana di luar sana!

FESYEN Thu, 18 Apr 2019

Bergaya Raya Tahun Ini Dengan Beg Tangan ‘Victoria Sloane’ Keluaran Rita Sosilawati!

Warwick, Essex, Halborn, Abbey dan Kew…mana satu pilihan kalbu?

error: Content is protected !!